pengenalan produk CTREDZUAN
rungkaikan sedikit pernyataan dan soalan yg sentiasa pembeli bertanya atau berulang2:
kawan2 / pelanggan yg di hormati sekalian..
cara utk menempah @ membuat booking, sesuatu order ct utamakan sekiranya anda sms ke 0129293961 yea, sbb sms terawal akan di kira sbg book @ chopp!! yg pertama, sbb kalau nak kira email, kekadang line internet tak elok, kena login berkali2 utk tgk order anda, jadi sekiranya anda nak buat book, katakan sms anda berbunyi begini ” CT SAYA NAK ORDER A,B,C,D,E,F,G KALAU ADA BGTAU YA” ct mohon sesangat akhir sms tu maklumkan samada katakan anda order 4 helai, 2 helai takda @ sold, ada 2 helai sahaja, tolong maklumkan samada nak proceed / book juga lagi 2 helai yg masih available / boleh di beli tersebut, sbb kekadang ada sesetengah tu , ada order 5 helai katakan, 3 helai ada, 2 helai takde, jadi ct tanda 3 helai tu, last2 baru bgtau taknak semua sbb tak cukup 5 helai, ct minta tolong sesangat ye, utk kelancaran proses editing palang atas tudung, kalau anda kensel berkali2 ct kena klik atau copy balik gambar dr database photobucket utk buang palang.
palang ni akan di palang segera order anda, tapi akan kelihatan pada sebelah petang di paparan internet anda sbb apa? sbb palang di buat dengan tangan, bukan automatik terjadi dengan sendiri, sbb tu ct minta anda klik berkali2 kalau ct dah edit palang,
jangan marah ye dengan kejadian palang2 ni, utk mengelakkan kesukaran membuat tempahan dan tertukar order, palang di buat sendiri, bukan auto mcm sistem shopping cart @ oscommerce.
sekiranya anda sms pada jam 8 pagi, ct tak jawap time tu, ct mohon maaf sesangat sbb ct tido masa tu, sbb semalam proses ambil gambar bermula jam 11 malam biasanya, atau lepas tgk citer intan – astro prima, hehe.. dalam jam 12 habis jam 2.30 pagi, jadi ct tido kejap bangun seawal jam 5 pagi utk proses editing palang terbaru pelanggan bayar tgh malam dan masukkan gambar baru siap seawal jam 8pagi ini, jadi ct minta maaf, masa tu anda mungkin tak mendapat segera jawapan sms ct huhu.. maafkan saya.. saya manusia normal yg sentiasa tak cukup tido.ok, selamat membooking, jangan marah ye kalau yg anda idamkan kekadang terlewat mendapatkannya.
bawal terbaik asalnya dr jepun, bawal kelas kedua dr korea, kelas ketiga dr china dan india, dan apabila anda mendengar bawal kelantan, bawal siam,bawal kedah atau lain2 negeri, tanya pada supplier tersebut, dr mana asalnya?jepun kah? china kah? dsb? kata2 bawal kelantan adalah panggilan @ gelaran dr pembeli luar, pemborong luar yg ramai meyakini bahwa bawal kelantan konon2 terbaik, sebenarnya banyakkk jenis bawal pelbagai bangsa di kelantan ini sendiri,
ok, kita bercakap mengenai bawal yg terbaik, ter elok kualiti nya iaitu bawal no.1 asli dr jepun, di jepun ada dalam 3-4 kilang atau keluaran dalam satu2 negara, berjenama Voile, IMA, Awana dsb ct tak ingat.info ini dr supplier besar spt akhbar dan tokei china cheng bee di kelantan dan beberapa supplier besar di kelantan, yg punya AP besar ala2 AP import masuk kereta mewah dr jepun gitu.
ini bukti saya mengguna / menjual
bawal asli dr jepun @ japanese voile!

ok, semua jenama2 yg ct sebutkan serba sikit tu bukan semua kain atau reja / kelembutan sama antara satu sama lain, dr segi ketebalan, kenipisan, kelembutan dia tak sama, cuma di jamin bawal ni kalau ori, pakai 6 tahun pun takkan berbulu @ carik , ini jaminan,
ct ada simpan sampai skang bawal jepun yg ct beli rm28 kalau tak silap masa tu, sulam halus, tahun 1997, masa masih blaja, sampai skrg pindah tangan emak pakai buat ke pasar, masih utuh, masih halus benang dan takda bulu langsung. basuh dengan tangan ke, dengan mesin ke, berus ke, dia maintain gitu je, every week supplier dapat bekalan bukan 100% dr jenama yg sama dr jepun, kekadang ada IMA, kekadang ada awana, kekadang sebaliknya. satu faktor lagi, dr segi jenis tudung yg akan di gunakan itu bergantung kepada pattern yg nak di buat contohnya sesetengah sulam tak boleh buat dengan kain awana, sesetengah tu mcm berlian berat takda sulam mcm sulam tangan tarik ke, tali kasut ke, juntai ke, mereka akan guna bawal lebih percentage tebal sikit , mungkin jenama A atau jenama B, semua jenama kain bawal yg di gunakan bergantung kepada jenis design yg akan di hasilkan harap info ini membantu.
okei.. ni serba sikit info,cakap lebih2 kan nanti ada yg gatal tangan copy paste masuk ke blog jualan sendiri pulak, nak nasihat sikit dik.. kalau nak niaga online juga, brg sama juga, kreatif lah sikit, kena rajin buat kajian, atur susun ayat biar ikhlas dan jelas pelanggan dengar,
ni tidak, ada ssetengah blog tu ct perhati 99% sama ayat2 diorang copy ambik kat sini, masukkan ke blog depa. hasil karya org kena respect sket dik.. diharap lain masa ct akan terangkan lagi apa itu beza sama bawal akhbar dengan bawal no.1 asli jepun, okeis..
ada cakap2 belakang mempertikai kenapa jualan tudung ctredzuan mahal berbanding dengan peniaga lain, yg kekadang beza harga menjangkau sehingga rm20 sehelai, harini tak tertahan hati ini, ct nak rungkai dan kongsi dengan pelanggan dan kekawan, bukan nak mengaibkan sesiapa ye, tapi atas mempunyai hak yg batil, terpanggil utk membuat huraian
kualiti berlian:![]()
kalau nak terangkan melalui sms susah, kan? berlian manjalara terutamanya musim tengah naik ni, jualan tudung kami mementingkan penggunaan berlian manjalara triple A, iaitu setiap butiran penting, dan sekiranya sesekala supplier kami selang dengan tiruan @ plastik, kami akan komplen,dia supplier memang jaga kualiti sekiranya kami tahu sbb kalau kami tak ambik stok dengan mereka,
hehe.. habis lah depaa..ok, berlian triple A manjalara ni kalau dalam satu mangkuk @ casing dia akan bersegi2 mcm keratan/potongan berlian zircon gitu, walaupun bukan zircon swiss sekurangnya potongan terjamin dan setiap butir akan berkilauan walau takda cahaya mencerah sekalipun
ni contoh berlian jualan kami 
kalau berlian yg gred 3, atau bukan manjalara ori ia akan kelihatan sebegini,
yg mana kalau gred B, ia akan selang berlian asli dengan plastik, nampak kilau juga tapi tak nampak sepenuhnya shiny,dan ini adalah contoh berlian manjalara gred 3, di dalam keratan mangkuk @ casing kelihatan ada benda bulat mcm menggelap gitu, dan ini lah kesan refleksi dr pantulan cahaya berlian plastik,harap maklum
contoh gred 3: 
===========================================================
mungkin ada di antara anda yg kekadang mendapat tudung dr ct yg mana hampir keseluruhannya tercabut dan terburai dr casing @ mangkuk tapak, itu adalah sikap supplier yg mencuri memberi helaian berlian yg tak elok,
kekadang kami ambil dr supplier cecah sehingga 20 helai pada satu warna dan casing yg sama, terutama manjalara kosong rm40 dan mereka telah selangkan dengan 2-3 helaian yg tak elok, jadi ct sarankan pulangkan balik, minta maaf banyak2, ct akan terus gantikan kepada anda sekiranya kualiti berlian tak elok @ rosak, jangan runsing, setiap belian anda terjamin, sekiranya rosak, akan di ganti dengan harga sama, dan kualiti yg lebih baik dr yg rosak sebelumnya.
ada terbaca di blog & fotopages org lain, rupanya ada yg tak percaya kedai online ctredzuan mampu menjual 100 helai tudung dalam masa 2 hari, haiyaa.. apa kesss nak percaya @ tidak semua tu kehendak anda,
cuma, apa guna jualan murah2an nak tarik pelanggan demi merosakkan market peniaga online spt kami ni, kena fikir juga kepercayaan pelanggan, servis sebelum dan selepas penjualan, jualan kena telus, ikhlas dan berbaloi kawan! ada sesetengah peniaga tudung di kota bharu sendiri, cuba berniaga online, jualan masuk 5 bulan, duit pelanggan di larikan,
entah ke mana.. kat ct jugak pembeli online mengadu minta ct mencarikan kedai mereka kat sini, kesian ..
tak elok buat tak jujur sebegitu dengan pelanggan, 10sen @ 1sen sekalipun, kita tipu penat lelah org bayar cash, tak berkat dunia akhirat utk makan minum isteri @ anak2 kita, tak selesai urusan sehingga akhirat…….. nauzubillah……
di bawah adalah rujukan warna sekiranya anda was2 mengenai warna tudung, sila tanyakan kepada ct, dan ct akan bgtau tudung tersebut adalah nombor yg mana yea..

================================================================
beberapa rules utk belian borong @ kodi:
borong adalah bermakna 10 helai, boleh piih dari mana2 jenis tudung bawal yg berkenan, maknanya nak ambil sehelai setiap jenis pun boleh asalkan minima 10 helai, tak kira berapa bangsa nak campur. kalau nak dapatkan harga lebih rendah dr harga borong, anda boleh memilih utk bertukar ke belian kodi. kalau ambil 20 helai sekalipun, kalau campur lebih di kira tetap harga borong.
kodi bermakna – pukal @ dlm bahasa peraih kelantan belian dengan kuantiti warna lengkap 20 helai, dalam satu jenis, wajib ambil semua yg di sediakan peraih, tetapi belian dengan ctredzuan anda boleh membuat pilihan membeli pada jenis kodi utk tudung bawal ni, tetapi boleh pilih sehingga 3 jenis utk minima 20 helai jenis tudung, katakan nak 20 helai – tapi nak campur2, boleh sehingga 3 jenis shj. dan kalau nak lebih dr sekodi boleh saja, bgtau saja berapa kuantiti, ct akan sediakan harga. dan kami takkan memaksa anda utk menerima stok yg kami sedia pilih atau spt pembekal lain, mereka wajibkan ambil dr pilihan mereka sahaja, dengan ctredzuan anda akan dapat memilih sendiri dengan memberikan nombor kod yg tertera asalkan jangan dari kalangan dr yg di palang.
palang bermakna sesuatu jualan @ stok telah di beli dan confirm takkan ada dalam masa yg terdekat sebarang ulangan. sekiranya anda ingin memiliki juga tudung yg telah di palang, tunggu sehingga tarikh siaran baru akan kami paparkan, insyaAllah kalau kebetulan akan ada dr kalangan yg telah di palang anda minati dulu, kembali di buat @ di supply oleh pembekal kami.
sebarang pertanyaan harga utk borong sila bgtau berminat yg mana, utk serious buyer sahaja akan kami berikan harga2 borong tersebut, pada peniaga lain yg sekadar utk survey harga, lupakan, masing2lah kita menjaga keharmonian kedai kita yea.
S: KENAPA TUDUNG BANYAK YG PALANG?
YG PALANG ADALAH YG TELAH TERJUAL, BUKAN UTK BULAN LEPAS, MINGGU LEPAS TAPI UTK JUALAN MINGGU INI
S: JAM BERAPA MASUKKAN TUDUNG KALAU JAM 11 PAGI SETIAP HARI DAH BYK HABIS?
KALAU CT AMBIK GAMBAR LEPAS ISYAK, TUDUNG AKAN DI MASUKKAN SEAWAL JAM 5.30 PAGI,DEPENDS, KALAU LINE INTERNET MASA TU BAGUS, BOLEH MASUK SEAWAL JAM 4 PAGI, KALAU TIME BULAN PUASA 3 TRIP TUDUNG AKAN DI MASUKAN SESUAI DENGAN PERMINTAAN SEMASA. 
S: KENAPA TAK DELETE JER TUDUNG YG PALANG?
TAK BOLEH DELETE SBB PEMBELI BUKAN BUAT BAYARAN DALAM MASA 24 JAM,INGAT KE SENANG KE NAK DELETE, KALAU DALAM SATU ROW ADA 6 HELAI, YG TERJUAL CUMA 2 HELAI, LAGI 4 HELAI KAMI NAK SIMPAN DALAM MUZIUM KE.
TUJUAN DI PAPARKAN YG TELAH TERPALANG,BUKAN YG PALANG DAH LAMA,BARU JEKKK PALANG DALAM MASA 2 HARI,UTK TUJUAN RUJUKAN PEMBAYARAN PELANGGAN KAMI JUGA,JADI HARAP TAK MENJADI MASALAH KEPADA MATA ANDA, OK
S: SAKIT MATA LAAA TENGOK, BALIK2 SEMUA TERPALANG JER
KAMI NAK WAT CEMANA KALAU JUALAN TUDUNG TU TERLAKU KE, LAKU KE… BUKAN SALAH KAMI JIKA TUDUNG TERPALANG DALAM MASA SEHARI,KECIK ATI SAYA ADA YG SAMPAI MARAH2 KENAPA ASYIK KENA PALANG JE,
PAGI BELUM PALANG,MASUK TGHARI @ PETANG DAH PALANG.TAKKAN NAK BEKUKAN TAKNAK JUAL KALAU ADA ORG NAK BELI,KAN
S: AWAK MASUKAN GAMBAR TUDUNG YG DAH TERJUAL KE, SBB KALAU TANYA JE ASYIK HABIS
SETIAP HARI AKAN ADA YG BARU MASUK, KALAU CT MASUKKAN GAMBAR YG DAH TERJUAL, APA KE HEII NYA AMBIK GAMBAR SAMPAI NAK PATAH PINGGANG HUHU 
S: NAK TUKAR BOLEH ORDER SAYA SEMALAM?
MAAF, TAK BOLEH, TUKARAN DALAM MASA 12 JAM SHJ 
S: SAYA KENA BOOK @ SELESAI KAN URUSAN DALAM MASA BERAPA LAMA?
3 HARI SAHAJA,KATAKAN BELI@BOOK AHAD, BAYAR KENA SEBELUM SELASA YEAA…
S: NAK BAYAR ANSURAN BOLEH?
MAAF SESANGAT TAK BOLEH SBB CT AMBIK SEMUA CASH DR SUPPLIER, TANPA CONSIGMENT,
DAN TELAH JUAL DENGAN HARGA KBHARU,ATAU KALAU ANDA ORG LUAR DATANG SENDIRI KE SINI PUN PENIAGA KBHARU TAKKAN BG HARGA SEMACAM CT JUAL, SBB ACCENT YG DI GUNAKAN
S: NAK BOOK AWAL BULAN, BAYAR AKHIR BULAN BOLEH?
JUGA TAK LEH, MAAF YEA. BOLEH TUNGGU HUJUNG BULAN, JANGAN RUNSING SBB TUDUNG CTREDZUAN AKAN DI UPDATE DAN AKAN SENTIASA DI TAMBAH BARU
HARAP MEMBANTU
~ ctredzuan’s



